• hamidahs@sirim.my
  • +06 03-5544 5850
  • Laman Utama

Peranti IoT

Sistem Maklumat Bersepadu Kelulut (KIIS) menggunakan alat berasaskan IoT (Internet of Things) yang menggunakan sensor digital untuk mengukur suhu dan kelembapan sarang secara automatik, secara berkala dan dalam masa nyata. Peranti menghantar data ini secara wayarles ke unit pengumpulan data (Unit MK) melalui Teknologi Wi-Fi dan seterusnya ke pelayan awan melalui modul GSM / GPRS. Kemudian data boleh diakses menerusi sistem berasaskan web di komputer, dan telefon pintar berasaskan Android.

Alat Tuaian Madu

Pam madu ini direka bagi memudahkan proses pengambilan madu dari sarang lebah kelulut. Ia dibina menggunakan pam peristaltic, suis, socket kuasa, bateri, "sling nylon" dan kabel. Pam madu yang direka ini amat sesuai untuk digunakan bagi kelulut dari spesis tetrigona, heterotrigona, lepidotrigona and geniotrigona. Kadar aliran pam ini ialah 100 ml/min, boleh beroperasi selama 5-6 jam dan pam ini boleh dicas menggunakan power bank.

Info

  • Madu kelulut
  • Peranti IoT & Alat Tuaian Madu
  • Galeri Kelulut
  • Video Kelulut

Pautan

  • SIRIM Berhad
  • Malaysia Genome Institute
  • Universiti Malaysia Terengganu
  • Akademi Kelulut

Copyright © 2017 - 2025, IC-Innovation in Sensor, SIRIM Berhad.

Version 2.0